Covid-19 nama baharu wabak koronavirus: WHO

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama rasmi wabak koronavirus baharu yang tercetus dari bandaraya Wuhan sebagai Covid-2019.

Nama baharu itu diumumkan oleh ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan di Geneva setelah wabak itu meragut lebih 1,000 nyawa di seluruh dunia dengan jumlah jangkitan kes melebihi 40,000 majoriti di China.

"Kami kini mempunyai nama penyakit ini, Covid-19," katanya memetik laporan BBC News.

WHO sebelum ini meneliti nama baharu bagi virus ini bagi mengelakkan stigma buruk terhadap bandaraya Wuhan yang menjadi tempat bermulanya wabak koronavirus.

Agensi rasmi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sebelum ini yang mengisytiharkan darurat kesihatan global menamakan ia "penyakit pernafasan akut 2019-nCoV".

Artikel Berkaitan: