China pecat pegawai gagal tangani krisis koronavirus

Pihak berkuasa kesihatan memeriksa suhu tubuh Presiden China, Xi Jinping ketika beliau berkunjung di Pusat Kawalan dan Pencegahan Koronavirus di Komuniti Anhuali di Beijing semalam. - FOTO: AFP
Pihak berkuasa kesihatan memeriksa suhu tubuh Presiden China, Xi Jinping ketika beliau berkunjung di Pusat Kawalan dan Pencegahan Koronavirus di Komuniti Anhuali di Beijing semalam. - FOTO: AFP
A
A
A

BEIJING - China memecat beberapa pegawai kanan atas kegagalan mereka menangani wabak koronavirus selepas angka kematian kini mencecah lebih 1,000 orang hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Kesihatan Hubei dan Ketua Suruhanjaya agensi itu adalah antara mereka yang disingkirkan di bawah langkah tersebut.

Selain itu, Timbalan Pengarah Palang Merah juga dipecat kerana kecuaian tugas dalam mengendalikan derma yang disalurkan.

Dua pegawai parti di Hubei itu akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Wang Hesheng.

Difahamkan, jumlah jangkitan baharu di seluruh China telah menurun hampir 20 peratus daripada 3,062 kepada 2,478 kes.

Semalam, Suruhanjaya Kesihatan Hubei juga mengesahkan kes baharu telah menurun daripada 2,618 kepada 2,097.

Menurut media tempatan, terdapat ratusan pemecatan, penyiasatan dan amaran dikeluarkan di seluruh Hubei dan wilayah lain ketika penularan wabak tersebut.

Selain dipecat daripada jawatan, pegawai terlibat juga berdepan 'hukuman' yang akan diputuskan oleh parti pemerintah, Parti Komunis.

Artikel Berkaitan:

Sebagai contoh, Timbalan Ketua Palang Merah, Zhang Qin telah diberi peringatan intra-Parti dan 'demerit' pentadbiran yang serius.

Awal bulan lalu, Timbalan Ketua Biro Statistik Wuhan juga dipecat dan diberi amaran intra-Parti dan 'dimerit' pentadbiran yang serius kerana melanggar peraturan berkaitan pengedaran topeng muka. - Agensi