Gara-gara azan, Sharul dilamar gadis Indonesia

Sharul dilamar seorang gadis dari negara Indonesia selepas mendengar alunan azannya.
Sharul dilamar seorang gadis dari negara Indonesia selepas mendengar alunan azannya.
A
A
A

BERIKUTAN penularan video alunan azan daripada bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sharul Kamal di sebuah masjid di Mesir, beliau dihujani ribuan mesej daripada individu tidak dikenali dalam dan luar negara.

Sharul memuat naik status di Twitternya memaklumkan dia juga dilamar oleh seorang gadis dari Indonesia sebagai pilihan terbaik untuk menjadi suaminya.

Menurutnya, gadis itu melamarnya menerusi Direct Message (DM) di Twitter miliknya.

"Mas aku lamar kamu jadi suamiku, mau gak? Aku tunggu jawabannya. Ayah ku juga suruh calon menantunya ke rumah," demikian kata-kata daripada peminat misteri tersebut.

Menyifatkan lamaran itu agak lucu dan mencuit hati, namun netizen tetap mendoakan yang terbaik buat Sharul.

Sharul Kamal - Foto Instagram sharulkamal_
Sharul Kamal - Foto Instagram sharulkamal_

"Semoga semua berjalan lancar," kata Baharum manakala snmuslihah pula berseloroh, "Hahahaa alamak, jadi rebutan dah."

Kata Nanie, "Waduh-waduh, bukan kaleng lagi ni, jadi rebutan sampai Indonesia ya kamu mas..."

Artikel Berkaitan:

Eydahidayah pula menulis, "Hanya gara-gara azan sahaja, ramai gadis semua jatuh cinta."

Dalam hantaran sama, seorang pelayar Twitter bernama Muhammad Salmanuddin Zakaria memuat naik satu klip video alunan azan Sharul telah diperdengarkan di sebuah televisyen tempatan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan alunan azan Sharul mencuri perhatian kerana kemerduan suaranya hingga mencecah lebih 450,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Allahuakbar, merdunya...