X

Kindly register in order to view this article
!

Tak sempat lari ikut pintu rahsia

Wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Metro Perdana, Kepong semalam. - Foto ihsan Imigresen KL
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur menahan 12 wanita warga asing selepas menggempur sebuah pusat kesihatan di Jalan Metro Perdana, Kepong semalam.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warga Vietnam, Kemboja dan Indonesia berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, ketika operasi kesemua wanita yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan cuba melarikan diri melalui pintu rahsia premis terbabit.

Antara Pati yang ditahan dalam operasi bersepadu itu. Foto: Ihsam Imgiresen KL
Antara Pati yang ditahan dalam operasi bersepadu itu. Foto: Ihsam Imgiresen KL

"Bagaimanapun, tindakan pantas anggota kita berjaya menahan semua warga asing berkenaan.

"Premis ini pernah disita dan diambil tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun kembali beroperasi.

"Harga perkhidmatan yang ditawarkan bermula RM150 hingga RM450 mengikut pakej pilihan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, majoriti warga asing yang ditahan memegang pas pelancong dan dipercayai datang ke negara ini untuk melakukan khidmat pelacuran.

Katanya, kes disiasat di bawah Perkara 39 (b) Peraturan Imigresen 1963.