DAP nafi ada kaitan dengan individu terlibat kes dadah di Pulau Pinang

DAP hari ini menafikan barisan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang dan parti itu mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 30 Januari di atas tuduhan mengedar dadah.
DAP hari ini menafikan barisan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang dan parti itu mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 30 Januari di atas tuduhan mengedar dadah.
A
A
A

GEORGE TOWN - DAP hari ini menafikan barisan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang dan parti itu mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 30 Januari di atas tuduhan mengedar dadah.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Teh Lai Heng berkata, pelbagai dakwaan telah dipaparkan dalam laman sosial yang mengaitkan kerajaan negeri termasuk pemimpin DAP dengan individu yang itu.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tanpa asas kononnya barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di mahkamah pada 30 Januari 2020 di atas kesalahan kegiatan dadah.

"Tindakan mengaitkan barisan kepimpinan kerajaan negeri dan DAP dengan kegiatan individu berkenaan adalah berniat jahat sama sekali, dan ia adalah fitnah yang berniat buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan media, Ooi Chieng Sim, Pengerusi Eksekutif Heng Huat Resources Group Bhd dan ATTA Global Group Bhd antara lapan lelaki yang didakwa atas tuduhan mengedar 4,980 gram methamphetamine di gudang berhampiran premis Atta Global di Kawasan Perindustrian Perai kira-kira jam 10.30 pagi pada 16 Januari. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Lapan lelaki berdepan hukuman mati

Artikel Berkaitan: