Lapan lelaki berdepan hukuman mati

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Lapan lelaki termasuk lima warga Myanmar dan seorang warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine dua minggu lalu.

Jackson Boh Khim Hean, Aung Soe Thu, Soe Ming Aung, Aung Khaw Thu, Than Zaw Oo, Tun Ye, Ooi Chieng Sim dan Wang Yong didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 4,980 gram di sebuah gudang di Tingkat Perusahaan Perai 6 di sini jam 10.30 pagi pada 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan hukuman sebat sehingga 15 kali sebatan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Kalaivanan.

Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk laporan kimia dan semua tertuduh tidak dibenarkan dijamin.

Artikel Berkaitan: