'Gemuk tak nak cream' tertera pada resit

Paparan Facebook Nazly tular di laman sosial sekali gus menarik perhatian netizen.
Paparan Facebook Nazly tular di laman sosial sekali gus menarik perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Budaya 'body shaming' tidak seharusnya menjadi hal yang biasa wajar diberi perhatian dalam kalangan masyarakat.

Ini kerana tentu sesiapa yang menjadi sasaran berasa tidak selesa seperti mana dirasai seorang lelaki yang berdepan situasi seperti ini.

Insiden tersebut berlaku di sebuah restoran terkenal di sini ketika lelaki itu membuat pesanan minuman ais krim coklat dan enggan meletakkan krim tambahan.

Katanya, setelah selesai membuat pembayaran di kaunter dan menerima resit tersebut, dia terkejut apabila tertera perkataan 'gemuk tak nak cream' pada resit minuman yang dipesannya.

"Saya tak perasan pun apa dia tulis lepas bayar sebab guna debit card (janji dapat SMS). Dah dekat rumah, saya seluk kocek. Masa nak buang resit tu baru nampak 'gemuk'," katanya.

Bagaimanapun lelaki itu tidak cepat melatah, sebaliknya beranggapan kemungkinan pekerja tersebut sekadar bergurau.

"Saya tertanya-tanya jika ini ditujukan kepada saya atau kepada kakitangan yang membuat minuman itu.

"Selain itu, mereka bercakap dengan kuat tentang bagaimana minuman yang dibuat oleh rakan sekerja mereka boleh buat 'potong kaki' (terlalu manis), " tulis Nazly Rosli di Facebooknya hingga mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia tidak marah atau berang, tetapi amat berharap kakitangan restoran itu bersikap lebih profesional pada masa akan datang.

"Saya tidak marah, cuba membayangkan jika resit ini diterima oleh pelanggan yang cerewet.

"Tidak kisah untuk gembira ketika bertugas, tetapi tolong lebih bersikap profesional," katanya.

Setelah membaca perkongsian Nazly, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja tersebut.

Ujar Sahrizal Zainal, "Biar betul mereka ni, tak pergi 'training' ke? huhu."