JPN kukuh ciri keselamatan dengan ciri implementasi sistem biometrik

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal melaksanakan sistem biometrik kepada semua dokumen pengenalan diri termasuk sijil perkahwinan bagi menentukan pemilik sebenar sekali gus meningkatkan ciri keselamatan dokumen berkenaan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata, antara dokumen pengenalan diri terbabit ialah sijil warganegara, kelahiran dan sijil pengangkatan yang kini tidak mempunyai elemen biometrik, gambar atau cap jari untuk menentukan pemilik sebenar.

Menurutnya, elemen biometrik seperti Bank Data Deoxyribonucleic Acid (DNA) akan diwujudkan dalam dokumen berkenaan bagi memudahkan pegawai JPN menjalankan siasatan apabila berlakunya kekeliruan atau mengesyaki dokumen itu disalah gunakan.

“Elemen biometrik ini penting...buat masa ini identiti penduduk rakyat bergantung pada cap jari dan kami akan menambah baik ciri keselamatan sedia ada termasuk mewujudkan farecpengenalan wajahm,” katanya kepada Bernama dalam temubual khas di pejabat JPN baru-baru ini.

Ruslin berkata satu kajian berhubung pelaksanaan penambahan sistem biometrik itu akan dijalankan sepanjang tahun ini dengan melibatkan agensi berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia.

Jelasnya, terdapat aspek perundangan dan dasar yang perlu diwujudkan dan diperhalusi sebelum diputuskan pelaksanaan sepenuhnya.

Beliau meletakkan harapan kajian untuk mendapatkan kaedah yang sesuai berhubung perkara itu dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Ruslin berkata, usaha menambah baik itu adalah antara usaha JPN dalam memastikan rekod pendaftaran warganegara dan rakyat sentiasa dikemaskini dan teratur sejajar dengan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

Artikel Berkaitan:

“Kami sentiasa komited dalam memastikan sistem pendaftaran rekod pengenalan diri penduduk diurus tadbir secara teratur, komprehensif, sistematik, tepat dan terkini.

“Ini sekali gus dapat membantu kerajaan dalam menggubal dasar, membuat perancangan serta pelaksanaan program pembangunan yang lebih tersusun dan efektif,” katanya. - Bernama