Barangan tiruan laris dijual

Antara barang yang dirampas.
Antara barang yang dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyerbu sebuah butik di Jalan Bukit Bintang, yang disyaki menjual barangan tiruan.

Serbuan itu dibuat kira-kira jam 11 pagi, semalam, hasil maklumat dan risikan.

Antara barang yang dirampas.
Antara barang yang dirampas.

Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri, Low Swee Hon berkata, dalam serbuan ini mendapati butik terbabit menggunakan logo jenama terkenal untuk digunakan pada barangannya.

“Barang yang disyaki tiruan ini diambil dari negara luar untuk dipasarkan di butik tersebut.

“Bagi menarik pelanggannya, premis itu telah menggunakan jenama terkenal itu untuk diletakkan pada barangan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan itu, pihaknya telah merampas pelbagai barangan membabitkan aksesori wanita, beg tangan dan pakaian sebanyak 33 unit yang dianggar bernilai RM10,253.

Katanya, siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak lima tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.