X

Kindly register in order to view this article
!

MB Terengganu tegur layanan syarikat penerbangan

Tangkap layar teguran yang dimuat naik Ahmad Samsuri menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegur layanan sebuah syarikat penerbangan terhadap isterinya, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman dan anaknya ketika menaiki penerbangan dari Kuala Terengganu ke Subang pagi tadi.

Teguran itu dibuat menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial Facebooknya.

Menurutnya, industri penerbangan perlu sentiasa mencari jalan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.

"Saya faham bahawa tekanan kerja sentiasa berlaku kepada kru penerbangan menyebabkan kadang-kala tanpa disedari kelakuan yang tidak melambangkan budaya timur dan budi bahasa terjadi.

"Tentunya bukan layanan lebih yang diminta tetapi cukuplah dengan mengekalkan budi bahasa yang sesuai, tidak berkasar bahasa," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut memohon maaf atas teguran yang dibuat dan meminta pihak berkenaan membuat perubahan yang lebih baik selepas ini.

"Maaf atas teguran, semoga ada perubahan selepas ini," katanya.