Tragedi kepala air bukan berpunca akibat pembalakan - Ahmad Samsuri
KEMAMAN - Tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini dipercayai bukan berpunca akibat penerokaan pembalakan baharu di kawasan itu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau mendakwa, pembalakan yang berlaku di kawasan tersebut adalah aktiviti lama yang dijalankan sebelum ini.
"Insya-ALLAH, kita akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh bukan hanya risiko fenomena kepala air di daerah ini malah melibatkan kawasan lain.
"Kepala air berlaku apabila hujan lebat berlaku pada waktu singkat dengan tertumpu pada satu kawasan.
"Kita juga akan melihat kembali keberkesanan notis ditampalkan di sekitar kawasan perkelahan kerana kebiasaan kawasan berkenaan mempunyai papan tanda," katanya semasa sidang media pada Isnin.
Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
Susulan itu, operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (KM) persegi.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menanggung kos penghantaran jenazah mangsa pulang ke kampung halaman.
'Terima kasih Maidam yang akan biaya kos tersebut. Selain itu, kita ada juga bantuan yang akan dibantu sama ada dari segi logistik dan pengangkutan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air
Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal
Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air
Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti
Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa
Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis
Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km
[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ
Tragedi Kepala Air: Hanya enam mayat ditemui setakat ini - Polis
'Tak sangka itu perkhemahan terakhir mereka sekeluarga'
Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung esok