LBS sediakan ganjaran RM1 juta

Hock San (dua dari kiri) bergambar bersama hadiah ditawarkan sepanjang kempen LBS Fabulous 2020.
Hock San (dua dari kiri) bergambar bersama hadiah ditawarkan sepanjang kempen LBS Fabulous 2020.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menyediakan hadiah bernilai RM1 juta melalui kempen LBS Fabulous 2020 kepada pembeli hartanah tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, kempen tersebut bermula sejak 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan dengan tiga sesi cabutan bertuah sepanjang tahun.

Beliau berkata, bagi menyertai kempen tersebut, orang ramai hanya perlu membeli hartanah milik LBS yang tersenarai dalam kempen tersebut.

“Cabutan bertuah pertama akan diadakan pada bulan Mei 2020, cabutan kedua pula pada bulan Oktober dan diikuti cabutan ketiga pada bulan April 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Hock San berkata, hadiah utama yang disediakan bagi kempen tersebut adalah sebuah Proton X70 Premium 2WD manakala hadiah lain termasuk Proton Exora, Proton Persona, Proton Iriz, Motosikal SM Sport R110, basikal gunung, mesin basuh, peti sejuk dan mini Hi-Fi.

Menurut beliau, pihaknya amat memahami kehendak pelanggan yang ingin memiliki rumah dalam keadaan situasi ekonomi yang tidak menentu pada masa kini.

“Kami sentiasa mengambil kira kepentingan pembeli rumah dan berusaha sedaya upaya untuk memberi tambah nilai dalam setiap pembelian.

“Diharap kempen LBS Fabulous 2020 dapat mengukir senyuman pembeli apabila mereka membuat keputusan untuk memiliki hartanah LBS,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: