TPM sedih kes tembakan rambang di Thailand

Dr Wan Azizah Wan Ismail. FOTO: ZAHID IZZANI
Dr Wan Azizah Wan Ismail. FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesedihan dengan tragedi tembakan rambang di Thailand yang menyebabkan 21 mangsa terbunuh manakala selain ada yang cedera.

Wan Azizah berkata, beliau terkejut membaca berita tindakan kejam seorang anggota tentera Thailand yang mengamuk dan melepaskan tembakan rambang di pusat beli-belah di bandar Nakhon Ratcahasima, Thailand.

"Dunia tidak mempunyai tempat untuk orang yang melakukan jenayah kejam seperti ini.

"Media sosial juga tidak boleh digunakan sebagai alat oleh penjenayah seperti itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Quill City Mall di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof.

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera 'mengamuk' buat FB Live bunuh 12 orang

Tentera mengamuk buat FB Live bunuh orang awam ditembak mati

Tragedi itu bermula petang semalam apabila suspek, Jakrapanth Thomma, 32, melepaskan tembakan di sebuah rumah sebelum berpindah ke pangkalan tentera dan kemudian di pusat membeli-belah Terminal 21.

Bagaimanapun, suspek akhirnya ditembak mati Pasukan Keselamatan Thailand di pusat beli-belah berkenaan dan lapan tebusan berjaya diselamatkan.

Wan Azizah turut memuji tindakan pantas Pasukan Keselamatan Thailand kerana berjaya mengelakkan lebih ramai orang awam terkorban.

Artikel Berkaitan:

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terbunuh dan cedera.

"Saya doakan mereka yang cedera cepat pulih. Rakyat Malaysia berada bersama rakyat Thailand ketika menghadapi ujian ini," katanya.