Tentera 'mengamuk' buat FB Live bunuh 12 orang

Jakapanth turut memuat naik gambar dirinya ketika melancarkan serangan tembakan di bandar Korat tersebut. - Foto Agensi
Jakapanth turut memuat naik gambar dirinya ketika melancarkan serangan tembakan di bandar Korat tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang anggota tentera Thailand melancarkan serangan dan tembakan yang turut dipaparkan menerusi aplikasi Facebook Live di beberapa lokasi di bandar Nakhon Ratchasima atau dikenali sebagai Korat di timur laut Bangkok hari ini.

Pihak berkuasa mengesahkan lelaki bersenjata tersebut menggunakan mesingan dan menembak orang ramai secara rambang.

“Ramai yang maut dan cedera. Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

“Polis telah mengepung kawasan pusat beli-belah Terminal 21 tersebut namun masih belum berjaya memberkas penyerang itu yang didakwa turut menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan,” kata jurucakap polis.

Penyerang itu dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakapanth Thomma dan didakwa mencuri kenderaan tentera serta memuat naik gambar serta video memaparkan dirinya dengan pakaian seragam ketika kejadian tersebut.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan memaklumkan Jakapanth turut menyerang pegawai atasannya sebelum melepaskan tembakan di kem tentera, kuil Buddha dan sebuah pusat beli-belah.

Pada Mac 2019, seramai 51 terkorban selepas pengganas kulit putih, Brenton Tarrant menyerang dua masjid di Christchurch, New Zealand yang juga dipaparkan menerusi Facebook Live. - AFP

Artikel Berkaitan: