Dua keluarga hilang tempat berteduh

Tiga unit rumah dan dua unit kedai hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Kampung Bertam Baru.
Tiga unit rumah dan dua unit kedai hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Kampung Bertam Baru.
A
A
A

GUA MUSANG - Dua keluarga dari Kampung Bertam Baru di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika semua penghuni sedang tidur dan tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.

Mangsa, Zulkifli Yusoff, 61, memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi ketika dia sedang tidur.

Zulkifli yang tinggal seorang diri tidak sempat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting kerana api marak dengan cepat.

"Saya tersedar daripada tidur ketika api sedang marak. Ketika itu saya hanya fikir untuk menyelamatkan diri sahaja," katanya.

No Image Caption

Sementara itu, Ketua Balai Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.13 pagi dan operasi memadamkan kebakaran mengambil masa lebih empat jam.

"Operasi tamat pada jam 8.47 pagi. Kebakaran melibatkan tiga unit rumah dan dua unit kedai jenis separuh kekal. Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan nyawa.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba turut dibantu anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bertam. Punca kejadian masih disiasat," katanya.