Serah notis kekosongan Dun Semenyih minggu depan

Ng Suee Lim
Ng Suee Lim
A
A
A

SABAK BERNAM - Dun Selangor dijangka menyerahkan notis kekosongan kerusi Dun Semenyih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya minggu depan.

Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim berkata, setakat ini, beliau belum menerima surat perakuan kematian daripada keluarga Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung, jam 4.45 pagi tadi.

"Perkara ini (notis kekosongan Dun Semenyih) akan diputuskan pada minggu depan iaitu selepas kita menerima surat rasmi kematian daripada pihak keluarga Bakhtiar," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, tiga PRK diadakan di negeri ini iaitu di Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Kerusi Dun Semenyih yang kosong ketika ini merupakan PRK keempat diadakan di Selangor.

Pada PRU14 lalu, Bakhtiar memenangi kerusi Dun Semenyih selepas menewaskan penyandang kerusi dari BN, Datuk Johan Abd Aziz dengan majoriti 8,964 undi.

Artikel Berkaitan: