Rakyat Kedah solat sunat Istisqa kali ketiga mohon hujan

Sebahagian jemaah menunaikan solat Istisqa di padang SK Telok Kechai di sini hari ini.
Sebahagian jemaah menunaikan solat Istisqa di padang SK Telok Kechai di sini hari ini.
A
A
A

KUALA KEDAH - Lebih 300 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kechai di sini hari ini untuk memohon hujan.

Solat sunat berkenaan dianjurkan Masjid Al UUmmah Telok Chengai dengan kerjasama SK Telok Kechai dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Chengai bermula jam 8.15 pagi tadi.

Imamnya, Mohd Nazimi Zaim Ismail berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan susulan kemarau dan cuaca panas melanda Kedah ketika.

Menurutnya, usaha berkenaan juga sebagai menyambut titah dan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya umat Islam di negeri ini mendoakan kesejahteraan agar Kedah menerima hujan dan membantu meningkatkan bekalan air di negeri ini.

"Setakat ini, pihak masjid telah melakukan tiga kali solat Istisqa, namun ini kali pertama dilakukan di tempat lapang seperti mengikut cara Rasulullah SAW.

"Kita melakukan solat sunat ini untuk memohon hujan berikutan keadaan cuaca panas melanda Kedah ketika ini," katanya.

Nazimi mengetuai solat Istisqa di padang SK Telok Kechai di sini hari ini.
Nazimi mengetuai solat Istisqa di padang SK Telok Kechai di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya bersyukur solat sunat di kawasan lapang yang diadakan buat julung-julung kalinya mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Beliau berkata, jemaah melahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang melakukan solat sunat berkenaan di kawasan terbuka mengikut cara Rasulullah SAW.

"Antara amalan digalakkan dilakukan sebelum solat sunat ini ialah berpuasa tiga hari dan bersederhana dalam berpakaian," katanya.