Lelaki 91 tahun sembuh daripada jangkitan koronavirus

Lelaki dikenali sebagai Wang itu disahkan positif koronavirus pada 25 Januari lalu. - Foto Agensi
Lelaki dikenali sebagai Wang itu disahkan positif koronavirus pada 25 Januari lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang warga emas berusia 91 tahun dilaporkan sembuh daripada jangkitan koronavirus semalam, sekali gus menjadikan dia sebagai individu paling tua dibenarkan keluar daripada hospital selepas disahkan bebas wabak itu.

"Penyakit itu tidak begitu teruk. Saya seperti dibayangi pengalaman ketika melalui zaman perang sebelum ini," kata lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang yang menyertai peperangan ketika mahu membebaskan bandar Yichang pada 1949.

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital di Wuhan guna robot dilengkapi teknologi 5G

Beliau turut berulang kali memuji usaha dan langkah penjagaan yang diberikan kakitangan perubatan sepanjang usaha merawatnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Yichang No 3 Hospital, Du Debing memaklumkan mereka mencipta rawatan khusus untuk merawat masalah jantung berterusan yang dialaminya.

Difahamkan, Wang didiagnos positif wabak itu pada 25 Januari lalu kira-kira enam hari selepas dia menunjukkan simptom demam dan batuk.

Sehingga kini, kira-kira 1,740 pesakit dilaporkan telah sembuh di China walaupun kes jangkitan meningkat pada setiap hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: