MBSA beri penjelasan isu video tular

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini memberi penjelasan berhubung penularan video seorang wanita yang menghalang tugas anggota penguat kuasanya baru-baru ini.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA menerusi satu kenyataan berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh membabitkan seorang wanita yang meletakkan kereta di bahu jalan.

Susulan itu katanya, anggota penguatkuasa MBSA dari Pejabat Cawangan Sungai Buloh telah mengeluarkan kompaun halangan kenderaan mengikut Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005 kepada pemilik kenderaan berkenaan.

"Selepas kompaun dikeluarkan, anggota tersebut meneruskan rondaan di sekitar kawasan itu dan apabila kembali ke lokasi sama, kenderaan berkenaan masih tidak dialihkan lalu tindakan penundaan dilakukan.

"Bagaimanapun ketika ditunda, seorang wanita dipercayai pemilik kenderaan itu menghalang anggota penguat kuasa menunda kereta terbabit dan turut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memberitahu, susulan kejadian MBSA membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh susulan penularan video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan wanita mengamuk kereta ditarik

Katanya, MBSA juga menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Kejadian ini tidak mematahkan semangat warga MBSA dalam melaksanakan tugas seharian sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada cabaran yang dihadapi kakitangan agensi ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wanita mengamuk kereta ditarik

Artikel Berkaitan: