Kereta rempuh kedai makan

Keadaan kereta yang merempuh kedai makan di Jalan Ayer Leleh, awal pagi tadi.
Keadaan kereta yang merempuh kedai makan di Jalan Ayer Leleh, awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sebuah kedai makan di Jalan Ayer Leleh di sini rosak teruk selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan kira-kira jam 7.05 pagi tadi.

Ketika kejadian, kereta jenis Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah Bukit Serindit menghala ke Semabok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelum melanggar pokok dan kedai makan yang belum beroperasi.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun pemandu dibawa ke Hospital Melaka untuk ujian sampel darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sebuah kereta Toyota Camry merempuh sebuah kedai makan di Jalan ayer Leleh awal pagi tadi.
Sebuah kereta Toyota Camry merempuh sebuah kedai makan di Jalan ayer Leleh awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan: