Angka kematian di China cecah 636 orang

No Image Caption
A
A
A

BEIJING- Jumlah orang yang dijangkiti novel koronavirus di seluruh tanah besar China kini seramai 31,161 dengan 636 kematian, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.

"Pada tengah malam 6 Februari (16:00 GMT Khamis), Suruhanjaya Kesihatan Negara menerima maklumat mengenai 31,161 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan virus itu dari 31 wilayah (wilayah dan perbandaran). Seramai 4,821 orang berada dalam keadaan kritikal, 636 meninggal dunia, (dan) 1,540 orang dibenarkan keluar hospital," lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan suruhanjaya itu.

Semalam, angka kematian ialah seramai 563 orang, manakala jumlah yang dijangkiti 28,018.

Wabak virus baharu itu - 2019-nCoV - mula dikesan di bandar Wuhan China, di wilayah Hubei, pada Disember dan sejak itu ia telah merebak ke lebih 25 negara. Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan penularan wabak tersebut.-Bernama

Artikel Berkaitan: