Koronavirus: Bayi berumur sehari mangsa jangkitan terbaharu

Bayi seberat 3.25kg yang dilahirkan di Hospital Wuhan disahkan dijangkiti koronavirus dan berada di bawah pemerhatian rapi. - Gambar hiasan
Bayi seberat 3.25kg yang dilahirkan di Hospital Wuhan disahkan dijangkiti koronavirus dan berada di bawah pemerhatian rapi. - Gambar hiasan
A
A
A

WUHAN - Seorang bayi yang baru lahir selepas 30 jam mencatatkan rekod kes mangsa termuda dijangkiti koronavirus.

Bayi seberat 3.25kg berkenaan lahir pada 2 Februari lalu namun kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian.

Menurut laporan Xinhua, difahamkan ibu bayi berkenaan disahkan positif koronavirus sebelum melahirkan anaknya.

Bagaimanapun Ketua Jabatan Perubatan Neonatal Hospital Kanak-kanak Wuhan, Zeng Lingkong memaklumkan, adalah tidak jelas bagaimana penyakit itu menjangkiti bayi tersebut sama ada ketika dalam rahim atau selepas kelahiran.

"Ini mengingatkan kita supaya sentiasa memantau rapi ibu mengandung yang positif koronavirus.

"Berkemungkinan bayi itu dijangkiti selepas kelahiran dari hubungan rapat dengan ibu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita positif koronavirus selamat lahirkan bayi sihat

Artikel Berkaitan: