Sindiket penyeludupan tumpas, polis sita harta, rokok RM3.4 juta

Sebahagian rokok yang dirampas dalam serbuan di Cheras dan Rawang semalam.
Sebahagian rokok yang dirampas dalam serbuan di Cheras dan Rawang semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dengan merampas rokok, wang tunai dan kenderaan sindiket bernilai RM3.4 juta dalam serbuan di Cheras dan Rawang, Selangor di sini semalam.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam operasi itu, empat individu berusia 41 hingga 57 tahun yang merupakan anggota sindiket turut direman bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

"Polis turut menyita 19,750 kartun rokok pelbagai jenama dan merampas wang tunai bernilai RM50,000 serta dua buah lori jenis Hino dan Isuzu serta dua buah kereta jenis Toyota Estima dan Proton Wira," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ke semua suspek ditahan di bawah Seksyen 117 kanun keseksaan prosedur jenayah untuk siasatan lanjut. Salah seorang individu terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) 9D) & (E) Akta Kastam 1967.

Wang tunai bernilai RM50,000 yang dirampas dan burung pelbagai spesies yang dirampas di Sematan, Lundu Sarawak semalam.
Wang tunai bernilai RM50,000 yang dirampas dan burung pelbagai spesies yang dirampas di Sematan, Lundu Sarawak semalam.

Sementara itu dalam Op Bersepadu Khazanah, PGA Batalion 11 Batu Kawa, Sarawak bersama Pegawai Dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) Cawangan Kuching merampas 20 ekor burung pelbagai spesies termasuk ayam hutan yang dilindungi bernilai RM15,000 dari seorang pemilik rumah di Sematan, Lundu Sarawak semalam.

"Individu terbabit dan spesies haiwan terbabit telah diserahkan kepada SFC Cawangan Kuching untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Acryl, kes disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen dan permit sah untuk memiliki semua spesies hidupan liar yang dimiliki.

Artikel Berkaitan: