Rasuah jika timbal balas diguna untuk diri sendiri: Tun M

Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat dan aspirasi kepada warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat dan aspirasi kepada warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan timbal balas atau offset dianggap rasuah sekiranya digunakan untuk kegunaan diri sendiri, sebaliknya jika wang timbal balas digunakan untuk tujuan tertentu, ia bukan rasuah.

"Kalau duit yang kita dapat itu masuk poket kita, itu rasuah lah. Tapi kalau duit itu untuk tujuan tertentu ia menjadi 'offset' bukan rasuah. Itu pandangan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Serious Fraud Office (SFO) UK bahawa syarikat pengeluar kapal terbang, Airbus SE memberi rasuah berjumlah AS$50 juta untuk memperoleh tempahan daripada Air Asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: Airbus ambil langkah wajar, elak kes berulang

Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus

Dr Mahathir berkata, sama ada timbal balas dianggap sebagai rasuah atau sebaliknya, terpulang kepada pemahaman semua pihak.

No Image Caption

"Saya dengar ada tuduhan bahawa Air Asia terbabit rasuah, saya tidak berani membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat dan Aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.

Pada 31 Januari lalu, SFO mendakwa Airbus memberi rasuah AS$50 juta kepada eksekutif yang dikaitkan dengan AirAsia dan AirAsia X bagi mendapatkan pesanan kapal terbang.

Artikel Berkaitan: