X

Kindly register in order to view this article
!

Bicara kes Rosmah: Najib diperintah keluar mahkamah

Mahkamah meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan galeri awam ketika perbicaraan melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah hari ini yang mana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sedang menjalani perbicaraan bagi kes rasuah projek solar.

Hakim, Mohamed Zaini Mazlan mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib menimbulkan bantahan terhadap kehadiran Najib di galeri awam.

"Saya mohon maaf tetapi saya perlu meminta anda (Najib) untuk mengundurkan diri anda (dari mahkamah)," kata Mohamed Zaini kepada Najib yang berada di galeri awam.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Najib kemudian menjawab 'ok' dan dalam keadaan tenang bangun dan terus beredar meninggalkan galeri awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam dakwa doktor rawat Rosmah rasa terancam

Terdahulu, Akram membantah kehadiran Najib kerana beliau adalah saksi berpotensi dalam perbicaraan Rosmah.

"Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan. Beliau adalah saksi yang berpotensi," kata Akram pada mahkamah.

Peguam mewakili Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata bahawa semalam, Najib turut berada di mahkamah ketika perbicaraan Rosmah, namun Mohamed Zaini memaklumkan beliau tidak menyedarinya.

Mohamed Zaini kemudian memerintahkan Najib meninggalkan mahkamah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus