Rakaman audio: Najib, Rosmah akan dipanggil beri keterangan

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

MELAKA TENGAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil memberi keterangan berhubung sembilan set rakaman perbualan dengan bekas Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini proses berkenaan sedang dilakukan dan berharap laporan lengkap kes itu dapat dipercepatkan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

"Kita sedang berusaha melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara," katanya kepada media selepas istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Melaka Tengah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

SPRM sebelum ini mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ia turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing yang diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.

Artikel Berkaitan: