Pemandu selamat, lori terjunam dalam sungai

Anggota bomba menggerakkan operasi menyelamatkan mangsa selepas terperangkap setelah lori balak dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama di sini, malam tadi. - Foto: JBPM
Anggota bomba menggerakkan operasi menyelamatkan mangsa selepas terperangkap setelah lori balak dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama di sini, malam tadi. - Foto: JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang pemandu lori balak nyaris maut apabila lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Gombak Lama di sini malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.04 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan 60-an terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, susulan maklumat diterima beliau bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan mengeluarkan mangsa dan membawa naik ke tebing sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: