Tunai solat istisqa minta hujan di Langkawi

Kira-kira 130 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut hari ini bagi memohon hujan berikutan cuaca panas sehingga menyebabkan paras air menyusut di empangan itu. - Foto Bernama
Kira-kira 130 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut hari ini bagi memohon hujan berikutan cuaca panas sehingga menyebabkan paras air menyusut di empangan itu. - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Kira-kira 130 jemaah menunaikan solat sunat istisqa di Empangan Bukit Malut di sini hari ini bagi memohon hujan berikutan cuaca panas sehingga menyebabkan paras air menyusut di empangan itu.

Solat dua rakaat anjuran syarikat Taliworks Langkawi Sdn Bhd (Taliworks Langkawi) itu diimamkan oleh Imam Masjid Al Hana, Noordin Osman turut disertai oleh kakitangan Taliworks Langkawi, kariah daripada empat masjid di sekitar Kuah dan pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran al-Marjan, Bukit Malut.

Pengurus Kanan Taliworks (Langkawi) Sdn Bhd, Hasbullah Hussain berkata, kali terakhir hujan ialah pada Sabtu lepas namun tidak memberi banyak kesan kepada empangan berkenaan.

"Pada 1 Februari lepas hujan turun tetapi tidak beri kesan kepada takungan, kali terakhir hujan turun dan memberi kesan ialah pada 29 November tahun lepas.

"Solat istisqa merupakan ikhtiar semoga hujan turun seterusnya dapat bantu dari segi kekurangan air yang berlaku di Langkawi ketika ini. Sekarang ini berlaku kekurangan kira-kira 15 peratus bekalan air bersih, berdasarkan keperluan pada November 2019 ialah 104 juta liter air sehari (mld) namun ketika ini cuma 100 mld dapat diagihkan," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Kira-kira 130 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut hari ini bagi memohon hujan berikutan cuaca panas sehingga menyebabkan paras air menyusut di empangan itu.- Foto Bernama
Kira-kira 130 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Empangan Bukit Malut hari ini bagi memohon hujan berikutan cuaca panas sehingga menyebabkan paras air menyusut di empangan itu.- Foto Bernama

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, pihaknya menjangkakan bekalan air di Langkawi mampu bertahan sehingga Mac sekiranya hujan masih tidak turun.

"Sekarang ini air di Langkawi berada pada fasa kekurangan bekalan yang dijangka dapat bertahan hingga Mac. Selepas itu jika bekalan masih kurang bermaksud sudah memasuki fasa kritikal oleh itu, sebarang tindakan seperti catuan akan dilaksanakan sekiranya perlu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hasbullah turut memaklumkan ketika ini tidak ada sebarang proses catuan dilaksanakan di Langkawi.

"Jangan silap faham apa yang berlaku ketika ini ialah kekurangan bekalan jadi mungkin berlaku tekanan air rendah pada waktu siang dan kembali pulih pada sebelah malam. Sebarang proses catuan perlu dibincang bersama Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya. - Bernama