Status naturalisasi De Paula dalam masa terdekat

FAM berharap masalah dokumentasi melibatkan De Paula diselesaikan segera bagi membolehkannya menyarung jersi skuad Harimau Malaya. Foto: PERAK TBG
FAM berharap masalah dokumentasi melibatkan De Paula diselesaikan segera bagi membolehkannya menyarung jersi skuad Harimau Malaya. Foto: PERAK TBG
A
A
A

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap dapat menyelesaikan masalah dokumentasi melibatkan pemain import Perak, Guilherme de Paula bagi memastikan tonggak serangan berusia 33 itu dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya berstatuskan pemain naturalisasi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya menjangkakan segala permasalahan berkenaan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Untuk permohonan De Paula, kita perlu lebih masa untuk pastikan (permohonan) tiada halangan dan menepati syarat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Harap dapat selesai seminggu dua lagi untuk pastikan peluang De Paula sarung jersi negara.

"Sama seperti Liridon, kerana ketika dia mewakili Kosovo, negara itu bukan ahli FIFA dan perlawanan yang dilaluinya tidak diiktiraf, tapi setelah Kosovo menjadi ahli FIFA, semua dokumentasinya diiktiraf," katanya hari ini.

Tambah Stuart, FAM melihat proses naturalisasi berkenaan sebagai sesuatu perkara yang serius.

Malah katanya, FAM hanya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengesyorkan nama pemain yang sesuai bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

"FAM tidak akan sewenang-wenangnya mencadangkan kepada KDN untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada individu untuk menyertai skuad kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Stuart berkata, satu perjumpaan akan diadakan bagi membincangkan mengenai wabak koronavirus yang melanda dunia pada ketika ini.

"Selepas perjumpaan ini, kita akan buat kenyataan," katanya.

Untuk rekod, juara Piala Negara Teluk 2019, Bahrain bersetuju mengadakan aksi pemanas badan menentang skuad Harimau Malaya di Bukit Jalil pada awal Mac ini.

Perlawanan itu medan persediaan skuad negara sebelum berhadapan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023 di tempat lawan pada 26 Mac.

Skuad Tan Cheng Hoe selepas itu dijadualkan melayan kunjungan pasukan ranking ke-147 dunia, Kuwait pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal Jun depan.

Perlawanan pemanas badan itu sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya sebelum berhadapan Thailand pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Bangkok pada 9 Jun.

Lima hari selepas itu anak buah Cheng Hoe akan meneruskan aksi pusingan kelayakan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.