Koronavirus: Kelantan sudah saring 42,073 orang

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menjalankan saringan kesihatan atas 42,073 orang yang melalui tiga pintu masuk utama ke negeri ini di sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua mereka menjalani saringan itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor, Tumpat; Rantau Panjang, Pasir MAS dan Bukit Bunga, Tanah Merah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan diperolehi melalui Data Saringan Thermalscanner di tiga pintu masuk negara sejak bulan lepas sehingga semalam, dan menurutnya alat ‘thermalscanner’ itu hanya berfungi mengimbas individu yang demam sahaja, bukannya untuk mengesan apa-apa virus atau penyakit yang spesifik.

“Selain itu, di setiap ICQS juga ada kakitangan unit lain yang bersedia untuk menjalankan pemeriksaan lanjut sekiranya diperlukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu Dr Zaini berkata pihaknya juga akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen, bagi mengesan sekiranya individu yang datang untuk memasuki sempadan negara itu datang daripada kawasan wabak.

"Biasanya Jabatan Imigresen akan memaklumkan kepada pihak kami sekiranya ada individu yang didapati datang dari kawasan wabak untuk tindakan lebih lanjut," katanya dan menambah sehingga kini tiada individu yang dikesan dijangkiti 2019 novel koronavirus di Kelantan. -Bernama

Artikel Berkaitan: