Kebajikan semua kaum di Kedah dijaga

Chia Zen (kanan) melihat tanglung dipamerkan pada Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah di Dewan SJKC Sin Kwang, di sini pada malam Khamis.
Chia Zen (kanan) melihat tanglung dipamerkan pada Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah di Dewan SJKC Sin Kwang, di sini pada malam Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri akan sentiasa menjaga kebajikan dan membela nasib semua kaum di Kedah.

Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO, Wong Chia Zhen berkata, pihaknya akan memastikan tiada golongan yang akan tercicir daripada perhatian dan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan memastikan usaha tersebut dilaksanakan.

"Usaha ini akan sentiasa ditambah baik bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari pengetahuan kerajaan negeri untuk diberikan perhatian.

"Ini bertepatan dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Kwang, di sini, pada malam Khamis.

Dalam perkembangan lain, Chia Zen menyifatkan penganjuran Pesta Tanglung di Kedah memberi peluang kepada kaum-kaum lain mendekati budaya masyarakat Tionghua.

“Saya percaya dengan adanya penganjuran sebegini, ia secara jelas memberi peluang kepada kaum-kaum lain untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat budaya masyarakat Tionghua," katanya.

Beliau menambah, program terbabit secara tidak langsung turut diharapkan dapat mengeratkan hubungan dan ikatan persahabatan sesama warga sekolah dan masyarakat di luar sana.

Artikel Berkaitan:

Chia Zen melahirkan harapan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan, manakala pihak sekolah lebih aktif dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah dan masyarakat setempat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!