Dakwaan SAMKA tidak berasas, cuba burukkan imej kerajaan negeri

Hantaran SAMKA melalui Facebook mendakwa UPNP membakar dan memusnahkan
struktur menempatkan pekerja serta peralatan dalam kawasan yang terlibat dengan pencerobohan haram di Raub. (Gambar kecil: Zulkifli)
Hantaran SAMKA melalui Facebook mendakwa UPNP membakar dan memusnahkan struktur menempatkan pekerja serta peralatan dalam kawasan yang terlibat dengan pencerobohan haram di Raub. (Gambar kecil: Zulkifli)
A
A
A

KUANTAN - Kenyataan Save Musang King Alliance (SAMKA) mendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) membakar dan memusnahkan struktur menempatkan pekerja serta peralatan dalam kawasan yang terlibat dengan pencerobohan haram di Raub satu tuduhan tidak berasas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, hantaran yang dikeluarkan dalam laman Facebook SAMKA bertarikh 10 September lalu itu sebagai satu cubaan memainkan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri dan UPNP.

Menurutnya, kerajaan negeri menafikan dakwaan yang seolah-olah berlaku salah guna kuasa dan ugutan melalui cara yang tidak berperikemanusiaan.

"Kerajaan negeri sentiasa menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak sesekali mengambil tindakan di luar prinsip tersebut.

"Dalam perkara ini, kerajaan negeri sentiasa mematuhi penghakiman Mahkamah Tinggi di Kuantan dan perintah Mahkamah Rayuan di Putrajaya yang berkuat kuasa," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Zulkifli berkata, undang-undang akan terus ditegakkan dengan melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan ditangani sebaik mungkin.

"Saya akan memastikan siasatan menyeluruh tuduhan SAMKA ini dan kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memburukkan imej kerajaan negeri itu.

"Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan cubaan fitnah tidak bertanggungjawab sebegini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!