Apabila menteri panjat pagar

Syed Saddiq dan beberapa pemimpin lain terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri daripada kumpulan yang didakwa menyerang ketika pertemuan di sebuah resort di Ulu Tiram.
Syed Saddiq dan beberapa pemimpin lain terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri daripada kumpulan yang didakwa menyerang ketika pertemuan di sebuah resort di Ulu Tiram.
A
A
A

APA kenangan paling nakal pada zaman sekolah dulu? Memang banyak, antara yang Merak Jalanan tak boleh lupakan ialah panjat pagar sekolah sebab ponteng kelas.

Rupa-rupanya ada pelajar yang nampak dan buat laporan kepada guru disiplin.

Esoknya bila datang sekolah, nama Merak Jalanan kena panggil untuk masuk bilik pengetua.

Dapatlah 10 kali sebat di punggung. Sakit tak terkata sampai meleleh air mata.

Nasib baik sebat dalam bilik pengetua, tidaklah malu sangat.

Tapi masa itu, tak berani nak beritahu orang tua macam budak-budak zaman sekarang.

Kalau orang tua dapat tahu, sah kena tambah pula dengan tali pinggang atau rotan.

Zaman sekarang cikgu tak boleh usik anak murid walaupun anak murid bersalah.

Artikel Berkaitan:

Jentik sikit ibu bapa dah buat sidang akhbar salahkan pihak sekolah.

Merak Jalanan memang tak faham dengan spesies ibu bapa yang macam itu.

Kalau anak-anak baik dan mengikut cakap, sudah tentu guru-guru atau pihak sekolah tak ambil tindakan.

Berbalik kepada kes panjat pagar, Merak Jalanan tersenyum sendiri apabila membaca berita mengenai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa lari panjat pagar apabila dikepung oleh sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor.

Gambar itu kemudiannya tular di media sosial sehingga menenggelamkan berita lebih penting yang turut berlaku pada malam itu iaitu pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua plaza tol milik PLUS.

Beberapa orang kelihatan memerhati Syed Saddiq yang cuba memanjat pagar besi.

Tidak pernah dalam sejarah, seorang menteri terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri daripada dikepung. Itu dikira satu rekod baharu.

Ada yang mendakwa tindakan Syed Saddiq itu hanya lakonan. Wallahuaklam, tunggu sahaja hasil siasatan polis nanti.