'Saya frontliner barisan Armada, bukan samseng upahan'

Paparan skrin Facebook Muhammad Nor Firdaus Abdul Rahman susulan gambar tular yang mengaitkan dirinya sebagai samseng upahan.
Paparan skrin Facebook Muhammad Nor Firdaus Abdul Rahman susulan gambar tular yang mengaitkan dirinya sebagai samseng upahan.
A
A
A

SAYA, Muhammad Nor Firdaus Abdul Rahman menafikan segala tuduhan liar dan tak berasas yang menyatakan saya telah diupah oleh YB Syed Saddiq untuk mencetuskan huru-hara di Rapat Umum Armada tempoh hari.

Apakah rasionalnya untuk membangkitkan kekecohan dalam aktiviti jalinan erat Armada, sedangkan saya telah pun bersama-sama beraktiviti semenjak petang hari kejadian bermain paintball.

Pada malam tersebut, saya bersama beberapa rakan Armada yang lain berada di barisan hadapan kumpulan samseng upahan tersebut, bersiap-siaga menghadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar

'Bukan saya seorang saja terpaksa panjat pagar...'

'Kumpulan samseng serang Syed Saddiq bukan ahli Armada'

Terakhir, sudah-sudahlah menyebarkan fitnah dan mengalihkan salah.

Yang jelas, kita sebagai anak muda perlu menolak budaya samseng dan gengsterisme.

Artikel Berkaitan:

Maruah anak muda lebih tinggi nilainya dari emas dan wang ringgit.

*Muhammad Nor Firdaus Abdul Rahman ialah ahli Armada