Persiapan bawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan diteruskan

Raja Datuk Nushirwan
Raja Datuk Nushirwan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha sedang diteruskan untuk membawa pulang seramai 132 orang yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka dari Wuhan, China, esok, kata Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Proses penghantaran pulang warga asing susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara itu kini sedang diperhalusi bersama oleh pihak berkuasa tempatan di sana dan pasukan peninjau kedutaan terdiri daripada enam pegawai yang tiba di Wuhan pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) tadi.

Menurut beliau, pasukan peninjau kedutaan itu juga telah mengenal pasti lokasi mereka yang akan terlibat dengan proses penghantaran balik itu.

“Kami masih berbincang dengan pihak berkuasa Wuhan, setakat ini situasi masih belum muktamad. Maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa.

“Di pihak kita semua telah bersedia, lokasi rakyat Malaysia juga kita sudah tahu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan misi membawa pulang rakyat Malaysia itu dengan penerbangan khas dari Wuhan, esok.

Dr Wan Azizah berkata, misi itu juga tertakluk kepada kelulusan kerajaan China dan mereka yang akan dibawa pulang hanyalah yang didapati sihat untuk menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Artikel Berkaitan:

Wan Azizah bercakap pada sidang media selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Hokkien di Shah Alam. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Wan Azizah bercakap pada sidang media selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Hokkien di Shah Alam. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

ARTIKEL BERKAITAN: Misi bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan berlepas esok: Wan Azizah

Misi itu akan disertai lapan orang iaitu enam pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang pegawai Kementerian Luar.

Pesawat AirAsia dengan 12 krew akan digunakan bagi misi itu.

Koronavirus: Kematian di China meningkat kepada 304

Koronavirus: Filipina catat kematian pertama luar China

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baru di Hubei meningkat sebanyak 45 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 304 kes setakat Sabtu (1 Februari) malam, menurut laporan televisyen China.

Hubei, di mana virus tersebut bermula, mencatatkan 1,921 kes tambahan, menjadikan kesemuanya 9,074 jangkitan di wilayah itu.

Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes, menurut laporan agensi berita CNA.

Kebanyakan kes kematian dan jangkitan virus yang dinamakan 2019-nCoV itu dilaporkan di Hubei, sebuah wilayah di tengah China yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Pada Jumaat, seorang pegawai tinggi kerajaan di Wuhan, bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dilaporkan pada Disember 2019, melahirkan kekesalan karena pihak berkuasa tempatan didakwa bertindak terlalu lambat. - Bernama