Mengamuk selepas tak dibenar lihat jenazah ahli keluarga

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin di bahagian kaunter Unit Forensik Hospital Sungai Buloh gara-gara didakwa tidak dibenarkan melihat jenazah ahli keluarga pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, maklumat berkaitan kejadian diterima pada jam 12 tengah hari.
"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan bertindak memecahkan cermin di kaunter unit forensik hospital berkenaan menggunakan topi keledar.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana suspek dalam keadaan marah dan tertekan kerana tidak dapat melihat jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian kemudiannya menahan suspek berumur 43 tahun itu.
"Selain itu turut dirampas satu topi keledar dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
"Semakan dijalankan mengesahkan suspek mempunyai sejarah pesakit mental dan beberapa kali tidak datang untuk janji temu bersama doktor," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di depan kedai
04 November 2026 08:09amWanita ganggu, kasari kanak-kanak di pusat beli-belah ditahan polis
03 November 2026 10:29pmTenaga pengajar disyaki amang seksual murid Tahun Satu direman
03 November 2026 08:53pm"Sepatutnya mak ayah saksi saya konvokesyen tapi saya saksi mereka masuk liang lahad" - Anak
03 November 2026 08:38pmJAIS siasat premis sembelihan ayam tak ikut hukum syarak
03 November 2026 08:03pmLelaki maut diserang, ditetak sekumpulan individu
03 November 2026 12:46pmSelepas tiga hari, jasad suami ditemui bawah pam menyedut pasir
03 November 2026 03:56pmRemaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney
03 November 2026 05:18pm'Kami sudah kehabisan masa' - Mesej terakhir kru pesawat sebelum terhempas
03 November 2026 11:17am- Iklan -- Iklan -

