Aksi terbaik Kedah uji TRW

Jorg Peter
Jorg Peter
A
A
A

KOTA BHARU - Perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Kedah kelmarin adalah aksi terbaik untuk menguji kekuatan keseluruhan pasukan, terutamanya lima pemain import TRW.

Pengarah Teknikal TRW, Jorg Peter Steinebrunner berkata, perlawanan di gawang lawan juga memberi kelebihan kepada Kedah dengan memberikan tiga jaringan awal pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok itu.

“Kami akur dengan tiga jaringan awal dari pasukan Kedah tetapi pasukan Kelantan tetap menunjukkan permainan yang baik dengan menerapkan corak pergerakan pantas.

“Kami ubah formasi permainan pada separuh masa kedua yang memperlihatkan segera perubahan pada pasukan.

“Kedah bermain secara terbuka yang menyebabkan kami memanfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan satu jaringan dan beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” katanya kepada media di sini.

Artikel Berkaitan: