Koronavirus: Video pesakit dibawa ke Hospital Ampang palsu

-foto Bernama
-foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakaman video tular memaparkan seorang pesakit yang kononnya dijangkiti wabak 2019 novel koronavirus dan dibawa ke Hospital Ampang adalah palsu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak hospital berkenaan.

KKM turut menasihati orang ramai untuk sentiasa merujuk dengan sumber sahih melalui saluran yang betul, selain tidak menjadi penyebar maklumat palsu.

Platform media sosial rasmi KKM: Facebook - Kementerian Kesihatan Malaysia, Instagram - Kementerian Kesihatan Malaysia, Twitter - KKMPutrajaya

ARTIKEL BERKAITAN: KKM nafi pesakit koronavirus berkelakuan seperti 'zombi'

Sementara itu, KKM menafikan dakwaan individu yang dijangkiti koronavirus akan berkelakuan seperti 'zombi'.

KKM menerusi hantaran di Twitter berkata, dakwaan tersebut yang kini kecoh di media sosial adalah tidak benar sama sekali kerana virus tersebut mampu diubati.

"Tiga fakta mengenai koronavirus yang perlu ditular. Yang pertama, tidak benar dakwaan individu yang dijangkiti virus intu berkelakuan seperti 'zombi'.

Artikel Berkaitan:

"Yang kedua, pesakit boleh sembuh dengan rawatan simptom yang dialami pesakit. Jika demam, rawatan untuk baik demam.

"Yang ketiga kadar kematian sangat rendah antara dua hingga tiga peratus berbanding MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat) kira-kira tiga ke empat peratus dan SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) pula kira-kira 10 peratus," tulisnya.

Perkongsian KKM di media sosial kini tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.