Rusia catat dua kes pertama koronavirus

Rusia menutup pintu sempadan di antara negara itu dengan China berkuatkuasa serta-merta.
Rusia menutup pintu sempadan di antara negara itu dengan China berkuatkuasa serta-merta.
A
A
A

MOSCOW - Rusia hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan koronavirus di negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menterinya, Tatyana Golikova yang turut memaklumkan bahawa kedua-dua pesakit terbabit merupakan warga China dan kini sedang dikuarantin.

"Perkhidmatan Rospotrebnadzor di Persekutuan Rusia mengesahkan dua pesakit dengan jangkitan koronavirus di Wilayah Trans-Baikal dan Wilayah Tyumen.

“Kedua-dua warga China itu kini ditempatkan di bawah pengawasan ketat dan sedang menerima rawatan," katanya.

Golikova turut mengumumkan kerajaan Russia sedang merancang untuk membawa pulang semua warganya dari China.

Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin semalam telah menandatangani surat arahan penutupan sempadan di antara negara itu dengan China berkuatkuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Artikel Berkaitan:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.