Korea Utara uji dron 'bunuh diri'

SEOUL - Korea Utara telah melancarkan pembuatan dron 'bunuh diri' baharu, menurut media kerajaan disamping Pemimpinnya, Kim Jong Un dilihat menyelia prestasi ujian senjata tersebut.
Jong Un yang memakai topi budak pembuat roti dilihat senyum ketika dengan menggunakan teropong untuk menonton dron meletupkan sasaran.
"Kita mesti membangunkan dan menghasilkan lebih banyak dron berani mati," kata Jong Un yang dipetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Dron bunuh diri adalah senjata terbaharu Korea Utara yang mampu membawa bahan letupan sejauh 1,000 kilometer selain direka merempuh sasaran musuh.
Katanya, armada dron bersenjata nuklear akan digunakan dalam jarak serangan berbeza untuk menyerang mana-mana sasaran musuh di daratan atau laut.
"Semua dron Korea Utara diuji pada 24 Ogos dan ia berfungsi mengenal pasti dan memusnahkan sasaran yang ditetapkan selepas terbang di laluan berbeza," katanya.
Pemimpin Korea Utara itu menegaskan mereka akan berusaha memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara proaktif dalam pembangunan dron.
Sementara itu, pakar berkata dron dalam imej yang dikeluarkan oleh media Korea Utara dilihat sama dengan dron bunuh diri 'HAROP' dan 'HERO 30' dari Israel serta 'Lancet-3 buatan Rusia. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Myanmar tahan 323 individu dalam operasi buru sindiket scam
24 November 2026 04:19pmCOP31 gagal capai persetujuan, isu bahan api fosil jadi penghalang
24 November 2026 12:28pmAngkasawan Pakistan bakal jadi warga asing pertama ke stesen Tiangong
24 November 2026 12:05pmKekayaan Jensen Huang lepasi AS$143 bilion selepas kembali terajui Nvidia
24 November 2026 10:11amTiga maut dalam perjalanan pulang selepas hantar anak ke universiti
23 November 2026 08:21pmSuami isteri maut motosikal kemalangan dalam perjalanan pulang dari Thailand
23 November 2026 07:18pm'Empat jam sebelum tiba di KLIA, ibu pergi dalam tidur'
23 November 2026 07:56pm
