X

Kindly register in order to view this article
!

MMA sokong pemandu mabuk dikenakan hukuman berat

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyokong penuh hukuman lebih berat dikenakan ke atas individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara melulu.

MMA dalam satu kenyataan hari ini berkata, banyak nyawa melayang dalam nahas yang melibatkan pemandu mabuk atau pemandu di bawah pengaruh alkohol.

“Sudah tiba masanya untuk undang-undang lebih ketat dikenakan untuk menangani kebimbangan masyarakat yang semakin meningkat. MMA memuji tindakan kerajaan untuk langkah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk, dadah

"Kami harap selain daripada hukuman lebih berat, penguatkuasaan juga dipertingkatkan dengan lebih kerap,” kata kenyataan itu.

Malaysia mencatat kadar kematian ketiga tertinggi daripada kemalangan jalan raya di Asia Tenggara. Angka kematian disebabkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dilaporkan banyak kali di dalam media membimbangkan rakyat.

Rabu lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, Kabinet bersetuju untuk meminda tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 untuk memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman lebih berat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!