Tiada kes koronavirus di Perlis

Dr Sirajuddin
Dr Sirajuddin
A
A
A

PADANG BESAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan terdapat kes koronavirus di negeri ini sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah JKN Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, pada 31 Januari lalu, seorang wanita berusia 69 tahun telah dikesan mengalami demam melalui saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Padang Besar.

Katanya, wanita dari Hong Kong itu telah dibawa ke Bilik Isolasi Klinik Kesihatan Padang Besar untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan.

"Wanita tersebut tiada sejarah perjalanan ke Wuhan mahupun ke negara China dan berdasarkan kepada maklumat lengkap sejarah perjalanan, penilaian risiko jangkitan dan pemeriksaan perubatan ke atas wanita tersebut, dia tidak memenuhi definisi kes Person Under Investigation (PUI) 2019-nCoV," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr Sirajuddin, wanita berkenaan telah diberi pendidikan kesihatan dan dibekalkan dengan Home Assessment Tool serta Health Alert Card sebelum dibenar meneruskan perjalanan ke negara jiran.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap sedia menghadapi wabak koronavirus dengan memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua PMA.

"Kementerian juga turut bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan di PMA bagi membolehkan pengesanan pantas kepada individu yang bergejala," katanya.

Orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan: