Tiada permohonan China bawa pulang rakyat positif koronavirus

Dr Dzulkefly pada sidang akhbar harian mengenai situasi terkini jangkitan koronavirus di sini sebentar tadi.
Dr Dzulkefly pada sidang akhbar harian mengenai situasi terkini jangkitan koronavirus di sini sebentar tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia belum menerima sebarang permintaan daripada China untuk membawa pulang lapan warganya yang positif koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sekiranya terdapat permintaan dari Negara Tembok Besar itu, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) akan memaklumkannya.

"Setakat ini saya tidak diberitahu dan belum ada permintaan. Sekiranya ada Wisma Putra akan memaklumkannya kepada media," katanya pada sidang akhbar harian mengenai situasi terkini jangkitan koronavirus di sini sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Satu lagi positif, jumlah mangsa meningkat lapan orang

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum ini, Pentadbiran Awam Penerbangan China (CAAC) menerusi laman sesawangnya mengumumkan telah menghantar dua penerbangan Xiamen Airlines untuk membawa pulang rakyatnya di Thailand dan Malaysia yang dijangkiti koronavirus.

Menyentuh mengenai perkembangan semasa koronavirus, Dr Dzulkefly berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, tiada penyebaran terbaharu wabak itu kepada rakyat Malaysia.

"Kes positif kekal lapan melibatkan kesemua warga China dan 17 individu lagi masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya, beliau juga bersetuju dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bahwa tiada keperluan untuk menyekat semua penerbangan dari China.