Duta China kecewa Sabah gantung semua penerbangan dari China

Bai Tian (kanan) dalam sidang media selepas simbolik penyerahan sarung tangan klinikal oleh 10 syarikat di sini hari ini.
Bai Tian (kanan) dalam sidang media selepas simbolik penyerahan sarung tangan klinikal oleh 10 syarikat di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Duta China ke Malaysia, Bai Tian melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Sabah yang menggantungkan kesemua penerbangan masuk dari China.

Menurutnya, beliau percaya keputusan dibuat Sabah itu boleh difikirkan semula.

"Saya fikir apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan atau organisasi dalam hubungan ini harus berlandaskan asas yang kukuh," katanya

Beliau berharap keputusan tersebut tidak menjejaskan aktiviti perdagangan dan komersial antara kedua-dua negara.

"Saya kecewa dengan keputusan Kerajaan Sabah," katanya kepada pemberita selepas simbolik penyerahan sarung tangan klinikal oleh 10 syarikat di sini hari ini.

Semalam, Sabah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Keputusan itu dibuat bagi mengurangkan risiko penyebaran koronavirus kepada rakyat oleh mana-mana individu pembawa wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Sabah gantung sementara semua penerbangan dari China

Artikel Berkaitan: