Padah miliki dadah!

Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa kemalangan.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Padah cuba melarikan diri kerana memiliki dadah, dua lelaki akhirnya terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 33 Jalan Johor Bahru – Kulai, Johor, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, dua lelaki berkenaan dipercayai dikejar polis kira-kira 25 kilometer sebelum kereta dinaiki mereka hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, kesemua suspek berusia 30an itu ditahan dalam keadan parah selain kereta dipandu mereka terputus dua.

“Ketika melakukan rondaan di Jambatan Pontian Besar, polis mengesan sebuah kereta dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Polis kemudiannya menghampiri kereta itu dan mengarahkannya berhenti, namun suspek enggan berbuat demikian lalu memandu laju menuju ke Jalan Bukit Batu – Tol Sedenak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan dinaiki suspek kemudiannya membawa penemuan beberapa paket dadah disyaki syabu.

“Kami telah menemui sepaket plastik yang berisi 18 plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu yang berada dalam sebuah beg di kerusi penumpang.

“Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Artikel Berkaitan: