Lebih 2 tahun tak dibayar gaji, tidur pun atas lantai!

Pembantu rumah yang diselamatkan oleh JTK Kedah di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar semalam.
Pembantu rumah yang diselamatkan oleh JTK Kedah di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia yang tidak dibayar gaji sejak lebih dua tahun oleh majikannya diselamatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Kedah dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu di sebuah rumah di Kampung Berjaya, dekat sini semalam.

Pengarah JTK Negeri Kedah, Arzanil Bahadon berkata, hasil siasatan awal mendapati pasport pembantu rumah itu dipegang oleh majikannya selain mangsa turut mendakwa tidak disediakan tempat tidur selesa dan terpaksa tidur di atas lantai.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut dua suspek wanita yang juga majikan kepada pembantu rumah itu telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

"Kami melakukan risikan awal hasil aduan maklumat awam kepada Pejabat Strategik Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) dan barulah kita melakukan operasi tersebut.

"Semasa penggeledahan dilakukan, barang-barang seperti pasport mangsa yang dijumpai dalam laci berkunci, perakam kamera litar tertutup (CCTV) serta dua kad pengenalan suspek dirampas," katanya pada sidang akhbar di Wisma Persekutuan Anak Bukit hari ini.

Dari kiri, Arzanil, Ketua Penolong Penguatkuasaan, Zairul Adira Ab Ghani, Ketua Operasi Atipsom JTK Kedah, Zainun Ramli dan Penolong Pengarah JTK Kedah, Shakina Hussain menunjukkan gambar dan laporan berkaitan operasi yang dilakukan pasukan mereka di Alor Setar, semalam.
Dari kiri, Arzanil, Ketua Penolong Penguatkuasaan, Zairul Adira Ab Ghani, Ketua Operasi Atipsom JTK Kedah, Zainun Ramli dan Penolong Pengarah JTK Kedah, Shakina Hussain menunjukkan gambar dan laporan berkaitan operasi yang dilakukan pasukan mereka di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata, mangsa telah diselamatkan sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibawa ke pejabat JTK untuk tindakan susulan.

Menurut Arzanil, kedua-dua suspek berusia 57 dan 27 tahun yang membuat perniagaan dalam talian dilepaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa akan ditempatkan di rumah perlindungan buat sementara waktu selepas mendapat perintah dari mahkamah.

"Kes seumpama ini adalah kali pertama berlaku di negeri ini," katanya

Katanya, pihaknya telah membuka 107 kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan dan kompaun untuk pelbagai perlanggaran undang-undang berkaitan hak-hak pekerja.

"Berdasarkan statistik sepanjang tahun 2019, jumlah denda yang telah dikenakan terhadap majikan hasil dari tindakan pendakwaan berjumlah RM23,250 manakala jumlah kompaun pula sebanyak RM33,000," katanya.