Koronavirus: Satu lagi positif, jumlah mangsa meningkat lapan orang

Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan KLIA2 hari ini. -Foto Bernama
Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan KLIA2 hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif koronavirus melibatkan warga China.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berusia 49 tahun itu merupakan isteri kepada pesakit ketujuh positif koronavirus.

"Pesakit dimasukkan di Hospital Permai, Johor dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Menurutnya, dengan kes terbaharu, negara mencatatkan keseluruhan positif koronavirus lapan kes dan kesemuanya melibatkan warga China.

"Sehingga jam 9 pagi ini, lima kes disyaki mengalami simptom koronavirus dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, bagi memantapkan lagi aktiviti pengesanan kes yang disyaki, KKM telah kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengenal pasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari negara China.

ARTIKEL BERKAITAN:Korban koronavirus meningkat 170 orang

"Mereka yang telah dikenal pasti akan diletakkan di bawah pemantauan di rumah (home surveillance) dan diberikan Kad Amaran Kesihatan dan Home Assessment Tool.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya mereka ini menunjukkan gejala, pelajar atau pensyarah ini akan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang telah dikenal pasti dengan segera," katanya.