Hanya penerbangan ke Wuhan digantung: Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (kanan) semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pengangkutan hari ini. - Fptp Bernama
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (kanan) semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pengangkutan hari ini. - Fptp Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Hanya penerbangan pergi dan balik Malaysia-Wuhan sahaja yang digantung susulan tercetus wabak 2019 novel koronavirus di China sehingga kini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata setakat ini tidak ada keperluan untuk menggantung penerbangan ke lain-lain tempat di negara tembok besar itu.

"Tidak, saya rasa kita belum sampai peringkat itu, setakat ini kita gantung penerbangan ke Wuhan sahaja, bandar masih ada penerbangan, tidak digantung lagi. Kita akan pantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya, di sini hari ini.

Semalam, AirAsia mengumumkan pembatalan sementara semua penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China, sehingga akhir bulan depan. -Bernama

Artikel Berkaitan: