Sila log masuk terlebih dahulu.

Town Hall Rakyat bersama Anthony Loke

05 Jun 2023 | Town Hall Rakyat
A
A
A
Town Hall Rakyat bersama Anthony Loke

Dikenali sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat kerana sering turun padang secara 'terjah', Anthony Loke ada sebab tersendiri mengapa beliau cukup 'sayang' dengan kementerian ini.

Populariti beliau juga terserlah apabila terpilih di tempat teratas sebagai menteri pilihan paling rakyat berpuas hati berdasarkan kaji selidik tinjauan sentimen rakyat berhubung prestasi dan populariti pentadbiran Kerajaan Perpaduan pasca PRU15.

Pasti menarik jika dapat bersoal jawab dengan beliau sendiri. Bagaimana caranya?

Jemput hadir ke program Town Hall Rakyat di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 20 Mac 2023, Isnin, bermula jam 8 malam.

Town Hall Rakyat menyediakan ruang interaktif untuk mereka bersemuka dan bertanya apa sahaja kepada pemimpin yang diundang. Tambah menarik, ia dihoskan pelakon popular negara, Azhar Sulaiman.

Ingin saksikan kelainan dalam program terbitan Sinar Harian? Jangan lupa temujanji kita!

#TownHallRakyat #SinarHarian #AnthonyLoke #AzharSulaiman