Koronavirus: Angka korban di China meningkat kepada 132

WABAK koronavirus kian mengancam masyarakat dunia.
WABAK koronavirus kian mengancam masyarakat dunia.
A
A
A

BEIJING - [DIKEMASKINI] Sebanyak 25 kematian baharu akibat koronavirus di China menjadikan angka korban wabak misteri itu meningkat kepada 132 orang.

Manakala lebih 4,600 orang disahkan terkena jangkitan.

Virus yang berasal dari bandar Wuhan itu telah merebak ke 30 wilayah di negara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hong Kong mengenakan sekatan perjalanan rentas sempadan antara bandar raya itu dan China berikutan penularan wabak koronavirus yang masih meluas.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, perkhidmatan kereta api dan feri berkelajuan tinggi yang melintasi sempadan akan digantung bermula esok.

Penerbangan ke China juga telah digantung.

Malah rakyat China tidak boleh lagi mendapat permit untuk ke Hong Kong.

Pengumuman itu dibuat selepas kesatuan pekerja hospital mengancam untuk melakukan protes kecuali permintaan mereka tidak dipenuhi kerajaan termasuk mengetatkan sempadan.

Artikel Berkaitan:

Puluhan kes telah dilaporkan di Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Perancis, Malaysia, Australia, Vietnam dan Jerman.

Ini kali kedua dalam tempoh 17 tahun China berdepan krisis kesihatan serius selepas Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 hingga 2003 yang membunuh lebih 770 orang di seluruh dunia, sejak ia mula dikesan di negara itu. - Agensi